Home Berita PAS Kelantan

MB sumbang RM20 ribu untuk Madrasah Daaril Ulum

42
SHARE

KUALA KRAI, 12 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, YB Muhamad Mat Sulaiman menyampaikan cek kepada Pengasas Madrasah Daaril Ulum RPT Mengkebang, Tuan Guru Ustaz Bukhari Abd Ghani berjumlah RM20 ribu di madrasah berkenaan, semalam.

Cek tersebut adalah sumbangan YAB Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan untuk membaik pulih surau di institusi pengajian berkenaan.

Ustaz Bukhari bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang amat diperlukan untuk memberi keselesaan kepada para jemaah.

Turut bersama, Penghulu Mukim Mengkebang dan Ahli Jawatankuasa Unit Daerah Mengundi (UDM) DUN Mengkebang.