Home Berita PAS Kelantan

Agihan 2 ribu mangkuk bubur lambuk pupuk amalan bersedekah

28
SHARE

RANTAU PANJANG, 12 April: Bagi memupuk dan menggalakkan amalan bersedekah serta berkongsi rezeki pada bulan Ramadan, Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato’ Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff mengambil inisiatif bersama penduduk setempat dengan mengadakan gotong royong bagi menyediaan bubur lambuk sebagai tambahan juadah berbuka puasa bertempat di Masjid Beijing, Ahad lepas.

Lebih dua ribu mangkuk bubur lambuk diedarkan kepada penduduk sekitar termasuk juga pengunjung yang datang ke Masjid Beijing.

Antara pengisian yang turut diadakan di masjid tersebut ialah saringan kesihatan, pameran di kaunter perkhidmatan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri Kelantan (LPPKN) dan kaunter perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sumbangan kepada golongan mualaf juga dihulurkan.