Home Berita PAS Kelantan

Majlis Ihya’ Ramadan perantau Zon Timur meriah

38
SHARE

PAHANG, 12 April: Hampir 400 tamu menghadiri Majlis Ihya’ Ramadan Pimpinan Kerajaan Negeri bersama Anak Kelantan di Perantauan bagi Zon Timur yang diadakan di Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan, Ahad lalu.

Majlis anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN Malaysia) tersebut dimulai dengan tadarus ayat 90 hingga 94 surah Toha yang disampaikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang, YB Dato’ Hassan Mahmood.

Berucap semasa merasmikan majlis, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Panglima Perang, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, anak-anak Kelantan di perantauan adalah duta-duta Kerajaan Negeri dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan benar kepada masyarakat. Mereka memainkan peranan penting dalam pelbagai sektor di luar Kelantan.

Turut berucap mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat. Manakala beberapa pemimpin kerajaan negeri turut hadir memeriahkan majlis termasuk ADUN Chempaka merangkap Pengarah UPKN, YB Ahmad Fathan Mahmood.