RANTAU PANJANG, 30 Dis: Majlis penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Mangsa Banjir Monsun Timur Laut Jajahan Pasir Mas 2021 diagihkan Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob di Kompleks Apam Putra, semalam.
Dalam majlis itu, 152 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di jajahan ini menerima wang tunai RM1,000 bagi meringankan beban mereka yang berdepan bencana banjir tahun ini.
Jumlah agihan keseluruhan BWI tersebut melibatkan 756 KIR yang berpindah di tujuh lokasi PPS iaitu 152 di PPS Tok deh, 132 di PPS Kubang Kual serta 107 di PPS Sri Rantau 2 dan PPS SK Gual Tinggi. Manakala 55 di PPS SK Sri Kiambang, 79 di PPS Gual Periok dan 3 di PPS Kampung Rahmat.