Home Berita PAS Kelantan

MESRA, MKD kumpulkan 100 sukarelawan Program Gonyoh Gaha

152
SHARE

SELANGOR, 30 Dis: NGO Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA) dan NGO Misi Kembara Dakwah (MKD) dengan kerjasama mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) berjaya mengumpulkan 100 sukarelawan pasca banjir pada 26 Disember lalu bagi menjayakan program “Gonyoh Gaha” di Pondok Bustanul Ariffin, Dengkil.

Pondok ini diasaskan almarhum Tuan Guru Ahmad Ansory yang dihuni 80 pelajar dan antara lokasi yang terkesan teruk akibat banjir, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato Hajah Mumtaz Md Nawi tampil menyampaikan sumbangan bantuan berupa selimut, bantal, telekung sembahyang, peralatan komputer, al-Quran dan sumbangan kewangan bagi meringankan beban pihak pengurusan pondok.

Beliau diiringi Senator Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dr Wan Martina Wan Yusoff merangkap Timbalan Pengerusi MKD.