Home Berita PAS Kelantan

PKB, UUM meterai Memorandum Persefahaman

151
SHARE

SINTOK, 30 Dis: Pemeteraian Memorandum Persefahaman di antara Pemodalan Kelantan Berhad (PKB) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) berlangsung di Balai Tamu, Dewan Canselori Sultan Salahuddin, UUM, Sintok, baru-baru ini.

Perjanjian tersebut menyatakan UUM akan menawarkan kursus-kursus jangka pendek kepada masyarakat yang berminat untuk mendalami ilmu mengenai emas dan perniagaan ar-rahn. PKB pula ialah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (PKINK) yang mengoperasi sistem gadaian patuh shariah jenama Ar-Rahn.

Majlis tandatangan tersebut disempurnakan Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah yang juga Pengerusi PKB, manakala UUM pula diwakili Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Professor Dr Shahimi Mohtar.

Dalam ucapannya, Dato’ Mohd Amar berharap kerjasama tersebut dapat membangun dan menyediakan modal insan yang mahir dalam industri ar-rahn khususnya masyarakat yang β€œcelik emas” di samping dapat membekalkan tenaga yang mahir dalam perniagaan emas dan ar-rahn. Dalam pada itu, secara tidak langsung ia juga, bakal membuka peluang perniagaan kepada industri-industri sokongan yang lain seperti perkhidmatan audit, takaful, syarikat-syarikat keselamatan dan lain-lain lagi.