Home Berita PAS Terengganu

Tokoh guru PASTI Malaysia 2021

473
SHARE

SAMBUTAN HARI GURU PASTI MALAYSIA 2021

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Cikgu Noriah Binti Koter yang telah berjaya dinobatkan sebagai TOKOH GURU PASTI MALAYSIA bagi tahun 2021.

Antara keterlibatan Cikgu Noriah dalam PASTI adalah sebagai AJK PASTI Malaysia, Pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Terengganu selama 11 tahun iaitu dari Mac 2010, Penggubal Soalan PASTI Malaysia dan juga Pemeriksa Kertas DPAK IPPM.

Beliau juga terlibat aktif dalam Parti PAS, antara jawatan yang dipegang adalah sebagai AJK Dewan Muslimat PAS Terengganu, AJK Lajnah Pendidikan DMP Terengganu dan juga menyandang sebagai Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Marang.

Beliau sekarang sedang menabur bakti berkhidmat di PASTI Al Iman, Pekan Bukit Payong. Beliau yang telah mula berkhidmat sebagai guru PASTI sejak tahun 1984 iaitu selama 37 tahun sudah tidak asing lagi dalam kalangan warga PASTI, guru guru dan juga Ibu bapa.

Seluruh keluarga PASTI Negeri Terengganu merakamkan ucapan Sekalung Tahniah buat Cikgu Noriah Binti Koter, semoga dengan penganugerahan ini dapat membangkitkan semangat dan memberi kekuatan mengharungi liku liku dalam dunia pendidikan terutama dalam keadaan yang amat mencabar sekarang.

“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”