Home Berita PAS Kelantan

Laman Warisan Kampung Laut, tarikan baharu pelancong

246
SHARE

TUMPAT, 6 September: Laman Warisan Kampung Laut bernilai RM20 juta dibangunkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah siap pada Jun lepas, kini menjadi tarikan terbaharu di Kelantan selepas mula beroperasi sepenuhnya pada awal Julai lalu.

Pembangunan tersebut dilengkapi tiga komponen utama iaitu Laman Warisan Serunding, Laman Warisan Seni dan juga Masjid Kampung Laut sebagai pusat perlancongan sekali gus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed berkata, pembangunan tersebut antara salah satu inisiatif ECERDC bagi mengekalkan tradisi perkampungan, selain meningkatkan ekonomi penduduk setempat melalui peluang keusahawanan.

“Di laman Seni Kampung Laut kita ada 23 outlet yang menempatkan 23 usahawan tempatan.

Manakala Laman Serunding pula menawarkan peluang pekerjaan kepada 100 anak tempatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Laman Warisan, semalam.

Sementara itu, para peniaga yang menjalankan perniagaan bersyukur kerana mendapat manfaat daripada projek yang diselenggara Majlis Daerah Tumpat dengan kerjasama ECERDC tersebut.