Home Berita PAS Terengganu

Pemuda Generasi Sejahtera Impian Semua

121
SHARE
Mohd Harun Esa – Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu

PEMUDA GENERASI SEJAHTERA IMPIAN SEMUA

Pemuda PAS Terengganu menyambut baik tawaran anak muda yang diumumkan oleh Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) pada muktamar PAS baru-baru ini.

Pemuda PAS Terengganu yakin tawaran ini mampu merealisasikan hasrat anak muda Malaysia sekiranya PAS diberikan peluang untuk menerajui Kerajaan Persekutuan pasca PRU ke-15.

Empat agenda utama DPPM akan menjadi fokus bersama untuk direalisasikan pemuda PAS Terengganu iaitu kos sara hidup, barangan asas, sifar rasuah di Malaysia dan kebolehpasaran pekerjaan apabila menerajui menerajui Kerajaan Persekutuan pasca PRU ke-15 nanti.

Pemuda PAS Terengganu menyokong penuh sembilan tawaran yang telah diperkenalkan oleh DPPM bagi menjayakan empat fokus utama tersebut.

Sembilan tawaran anak muda PAS ialah :

1. Pemilikan rumah kepada anak muda kepada anak muda yang masih tidak mempunyai rumah dan mempunyai masalah dalam memperolehi pinjaman bagi pembelian rumah melalui kaedah sewa beli .

2. Insentif pengecualian dan diskaun bayaran balik Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara bersasar.

3. Program Biasiswa Siswazah.

4. Penyewaan tanah milik kerajaan kepada anak muda bagi tujuan pertanian.

5. Data internet percuma 5GB sehari untuk B40 dan M40.

6. Cadangan pelaksanaan makanan percuma kepada pelajar B40 dan M40 di institusi pengajian awam melalui kaedah e-dompet.

7. Peralihan subsidi dengan mengkreditkan RM100 sebulan dalam bentuk e-dompet kepada anak muda dari keluarga B40 dan M40 untuk membeli barang keperluan harian.

8. Bantuan bayaran kenderaan anak ke sekolah buat keluarga muda khususnya daripada kategori B40 dan M40.

9. Makanan percuma untuk pelajar sekolah kategori B40.

Justeru itu, Pemuda PAS Terengganu berharap agar rakyat Malaysia yang sejahtera dapat memberikan peluang kepada PAS untuk menerajui Kerajaan Persekutuan pasca PRU ke-15.

MOHD HARUN ESA
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu