Home Berita PAS Johor

Lajnah Penerangan Muslimat Johor Anjur Taklimat Isu Terkini Felda Dan MPF60

1212
SHARE

SIMPANG RENGGAM– Menginsafi betapa pentingnya rakyat di negeri Johor memahami isu -isu Felda , maka Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor telah mengambil inisiatif menganjurkan Taklimat Terkini Isu Felda Dan MPF60 kepada semua Ketua Penerangan DMPK dan pimpinan setempat serta aktivis Felda di Johor.

Program yang diadakan pada 12 Januari lalu, bertempat di Kg.Sahari, Simpang Renggam pada pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang telah berjaya menghimpunkan hampir 50 orang aktivis dan penggerak untuk mendapat pencerahan dan informasi bagi isu-isu Felda khususnya di negeri Johor.

Selain itu, Naraza Bin Muda (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Felda Lajnah Tanah Pas Pusat) telah dijemput bagi menyampaikan taklimat tersebut telah membentangkan lebih daripada 120 slide berkaitan Isu-Isu Felda di Malaysia. Ia turut dihadiri oleh YB Al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin Husin (Pesuruhjaya PAS Negeri Johor merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah ,Peneroka Bandar ,Perumahan dan Orang Asal PAS Pusat .

Tambahan pula, turut hadir menjayakan program ini ialah Hjh.Atiah Binti Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor , Normala Binti Sudirman, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor dan Ustaz Juwahir Bin Amin ,Ketua Pemuda PAS Negeri Johor serta Hjh.Sabariah Binti Mohd.Amin, Timb.Pengerusi Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.

Selain mengundang  A.Rahman Bin A.Hamid, Pengerusi Lajnah Tanah, Peneroka Bandar, Perumahan dan Orang Asal PAS Johor, pimpinan setempat juga dijemput hadir bagi menimba mutiara ilmu berkaitan isu Felda.

Malahan, Naraza Bin Muda juga turut menjelaskan apa itu “MPF60”. MPF60 adalah singkatan nama bagi Pelan Pemulihan Permasalahan Peneroka Felda. Pelancaran Kempen MPF60 adalah satu usaha menggerakkan momentum dan gelombang maklumat kepada petugas-petugas parti terhadap isu Felda kerana angka 60 ialah melambangkan usia Felda itu sendiri.

Pada usia sebegini tidak sepatutnya Felda dihancurkan oleh perosak dari kalangan kepimpinan kerajaan yang diberi mandat pemerintahan.

Antara lain kempen ini mewujudkan celik isu di kalangan pengamal media sosial di luar tanah rancangan agar mereka mampu menjadi penyampai yang baik dan berkesan melalui media sosial tentang kepentingan permasalahan besar ini dirintis jalan cadangan penyelesaianya oleh PAS.

“Tujuan diadakan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua pimpinan terutama ketua penerangan di peringkat kawasan agar boleh menyampaikan maklumat dalam ceramah kelompok dan ketika adakan program ziarah di Felda dan pengundi Melayu,” kata Normala Binti Sudirman, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor selaku pengarah program.

Semoga segala perkongsian ilmu berkaitan isu Felda dapat dimanfaatkan untuk kelangsungan generasi masa depan khususnya peneroka di Johor.

Simbolik penyerahan buku *Isu-Isu Terkini Felda* dari Saudara Naraza Bin Muda kepada YB Al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin Husin (Pesuruhjaya PAS Negeri Johor/AJK PAS Pusat)
Kenangan Saudara Naraza bersama On. Hjh.Atiah Binti Ahmad,Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor ,Pn.Normala Binti Sudirman(Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor) & Ustaz Juwahir Bin Amin ,Ketua Pemuda PAS Negeri Johor Pn.Hjh.Sabariah Binti Mohd.Amin(Timb.Pengerusi Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor).