NegeriTerengganu

“Aku Hanya Mahu Perjuangkan Islam Bersama PAS”

Oleh : Hajar Kamaruddin

MARANG – Bekas Ahli Jawatankuasa Puteri Umno Bahagian Klang, Selangor, Wan Asshima Kamaruddin berkata, beliau hamya mahu memperjuangkan Islam bersama Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Beliau yang tidak tahu tentang dasar PAS sebelum ini, mengakui ia suatu pilihan yang tepat dalam memperjuangkan Islam.

“Bahkan ada kawan seperjuangan (saya dalam) Umno dahulu berkata (menuduh) PAS ini telah menjual agama, sedangkan saya sendiri pelik kenapa PAS macam tu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Isu Semasa di Kampung Surau Haji Daud pada Selasa, 23 Januari 2018.

Menurutnya, semasa Himpunan Fastaqim 2.0 pada 29 dan 30 September tahun lalu di Tok Jembal, beliau membuka ‘booth’ atau gerai sebuah NGO dikenali sebagai ‘Alif Ba Ta’.

Di situlah katanya, beliau melihat sendiri dan sedar bahawa PAS itu bukan seperti yang diperkatakan orang.

“Pulang ke rumah saya terus beritahu ibu saya……saya (nak keluar Umno) nak tukar parti iaitu PAS,” ujarnya.

Pada mulanya, kata beliau, emaknya tidak bersetuju, bahkan terus tidak menegurnya selama dua hari., namun kini sudah berbeza.

“Selepas pada itu, ibunya dan ahli keluarga tukar parti daripada Umno kepada PAS,” tambah beliau

Justeru, beliau mengucapkan syukur kepada Allah, kerana memberi petujuk kepada beliau dan berdoa agar tetap istiqamah.

Katanya, banyak ujian yang dihadapi oleh beliau, kerana bersama-sama PAS, termasuk ujian terhadap kerja, harta, kawan-kawan dan lain-lain.

“Aku tidak kisah dengan semua itu, sama ada jawatan, duit dan lain-lain. Yang aku mahukan Islam yang syumul,

“kamu hanya menyediakan masjid tapi tidak pandai meramaikan orang,” tegasnya dengan jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️