Home Berita PAS Kelantan

Kerajaan negeri tidak halang konsert hiburan

219
SHARE

KOTA BHARU, 26 September: Dunia maya hari ini riuh dengan pelbagai reaksi, spekulasi serta komen negetif dari pengkritik politik, sekali gus seolah-olah cuba menangguk di air yang keruh bahawa kerajaan yang ada kini tidak seperti pada era zaman almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ekoran daripada itu, rakyat di negeri ini perlu faham secara jelas Kerajaan Negeri tidak menghalang sebarang bentuk hiburan di Kelantan, selagi penganjur mematuhi peraturan-peraturan yang telah gariskan di dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Tujuan enakmen itu dibuat adalah untuk mengawal sebarang aktiviti berbentuk hiburan di Kelantan agar menepati kehendak Islam.

Hal tersebut diperkuatkan lagi dengan Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003 bagi menyatakan dengan jelas perkara-perkara yang dibenarkan dan dilarang dalam semua bentuk hiburan yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Antaranya, tidak membenarkan persembahan artis wanita, kawalan kepada penonton ataupun pengasingan antara penonton lelaki dan wanita yang hadir. Selain itu, memastikan mereka yang hadir berpakaian sopan dan mengawal selia perilaku penyanyi dan penghibur serta lain-lain.

Penganjuran Konsert Pentas Rakyat (Kelantan Maju Rakyat Sejahtera) melalui Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) boleh dijadikan sebagai contoh kepada penganjuran konsert-konsert lain.

Terdahulu, Pentas Rakyat siri keenam telah berlangsung di Perkarangan Pasar Tok Kenali pada 24 September yang mendapat sambutan positif dari masyarakat setempat.