Home Berita PAS Kelantan

K-RABB melatih dan mendidik rakyat Kelantan – Exco Pendidikan

41
SHARE

KOTA BHARU, 27 September: Pelancaran Program Budaya Komuniti Rabbani (K-RABB) oleh YAB Menteri Besar semalam adalah kesinabungan daripada pelancaran Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) pada tahun 2018.

Berucap semasa menyampaikan ucapan aluan di Majlis Pelancaran Program K-RABB, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi berkata, “Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) yang melahirkan 9 prinsip utama untuk dijadikan Amalan Terbaik kepada dunia pendidikan seperti guru, pelajar, pentadbir dan pengetua sekolah. Manakala pada tahun ini pula 2022, Kerajaan Negeri Kelantan terus dengan komitmen yang ada telah membangunkan Budaya Komuniti Rabbani (K-Rabb) yang juga mempunyai 9 prinsip (Budaya)”.

Ujarnya lagi K-RABB adalah kesinabungan pendidikan (alam sekolah) kepada setiap rakyat samada individu, keluarga, masyarakat dan institusi supaya mempunyai sifat-sifat Rabbani yang tinggi. Berteraskan lima matlamat dan sembilan budaya, K-RABB diharap mampu memberikan impak yang besar kepada kepimpinan komuniti dan masyarakat awam keseluruhanya dan bertepatan dengan 32 tahun pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan Membangun Bersama Islam.

“Tidak salah kalau saya katakan bahawa dengan berjayanya Majlis Pelancaran Program Budaya Komuniti Rabbani ini ia adalah hadiah istimewa sempena 32 tahun Membangun Bersama Islam dan natijah yang sangat besar kepada Dasar Merakyat Membangun Bersama Islam yang telah digagaskan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar.”

“Selepas ini, kita bertanggungjawab mewujudkan sistem persekitaran yang baik sebagai inisiatif dalam memperkukuhkan komuniti rabbani dari sebesar-besar perkara sampailah sekecil-kecil karenah manusia. Kita akan mulakan dengan program latihan kepada kepimpinan utama terlebih dahulu.” Ujar Dr Fadzli lagi.

Dr Fazdli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan turut mengucapkan terima kasih kepada Panel Pembangunan Modul yang terdiri daripada ahli akademik luar, tenaga pengajar KIAS, pengetua dan guru YIK, pakar rujuk, mentor pembangunan modul, penasihat perunding kejurulatihan, panel penilai, pentashih dan penyelidik serta Jawatankuasa Induk dan JK Pelaksana Program K-Rabb dan barisan urusetia Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) yang telah berjaya membangunkan modul K-RABB ini.