Home Kenyataan Media PAS Melaka

Kenyataan media | PAS Melaka kesal laporan mengelirukan Utusan Malaysia

1615
SHARE

 

BADAN Perhubungan PAS Negeri Melaka menegaskan bahawa berita yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 25hb Mac lalu bertajuk ‘PAS Melaka bersama Umno’ adalah berita yang tidak tepat dan mengelirukan.

PAS Melaka juga menafikan laporan yang menyebut PAS Melaka akan bersama Umno SAHAJA dalam PRU 15 akan datang.

PAS Negeri Melaka komited untuk terus memantapkan agenda perpaduan ummah di negeri Melaka serta kekal memegang prinsip ‘Memperkasa MN, Mempertahan PN’.

Ini selaras dengan hasrat pimpinan tertinggi parti Presiden PAS YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang mahukan agar semua parti Melayu bersatu dalam menghalang DAP-PH daripada menguasai semula kerajaan.

Penyatuan Melayu yang melibatkan PAS, BERSATU dan Umno akan terus dipertahankan demi untuk kelangsungan dan kepentingan politik orang-orang Melayu bersama-sama dengan golongan bukan Melayu yang tidak ekstrem.

Oleh itu PAS Melaka akan terus membina hubungan dan kerjasama erat bersama tiga serangkai utama Parti Melayu iaitu PAS, BERSATU dan Umno bersama rakan-rakan sekutu yang lain demi menjaga keharmonian dan kestabilan politik negara.

HJ BAKRI JAMALUDDIN
Ketua Penerangan PAS Melaka.