Home Berita PAS Perlis

PAS Kawasan Kangar Sumbang Kerusi Roda

364
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Penderitaan seorang nelayan dekat sini yang mengalami kesukaran untuk bergerak sedikit terubat apabila beliau menerima sumbangan berupa sebuah kerusi roda semalam.

Yusof Omar, 67, yang tinggal di Kampung Tandiap, Kuala Perlis, sebelum ini disahkan menghidap penyakit kencing manis dan jantung yang menyebabkan beliau tidak mampu untuk berjalan.

Beliau menerima sumbangan berkenaan dalam satu majlis yang diadakan di kediaman beliau yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Kangar Ustaz Mohamad Zahid Ibrahim.

Mohamad Zahid yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kuala Perlis ketika ditemui berkata, sumbangan berkenaan adalah hasil daripada derma orang ramai untuk dana LKK PAS Kawasan Kangar.

“Alhamdulillah, keperihatinan yang ditunjukkan oleh masyarakat telah banyak membantu LKK PAS Kawasan Kangar dalam melaksanakan agenda-agenda kebajikannya kepada masyarakat.

“Justeru, PAS Kawasan Kangar ingin menyeru orang ramai tanpa mengira kaum dan fahaman politik agar dapat tampil menyalurkan sumbangan kewangan kepada kami agar lebih ramai penerima dapat dibantu.

“Sumbangan boleh dibuat melalui akaun bernombor 09010010016455 (Bank Islam Malaysia Berhad) atas nama ‘PAS Kawasan Kangar’ dan maklumat sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada Pengerusi LKK PAS Kawasan Kangar di talian 019-4170244 untuk tujuan rekod,” katanya.