Home Artikel PAS Pahang

YB PJ PAS Pahang tinjau mangsa banjir di Kuantan

361
SHARE

“YA ALLAH kami mohon kepadaMu agar hujan yang Engkau turunkan ini membawa seribu Rahmat kepada kami”.

Hujan lebat yang berterusan memasuki hari ke 3 hari ini, menyebabkan kawasan rendah di sekitar kawasan dalam dun Tanjung Lumpur di naiki air.

Alhamdulillah petang tadi dan malam ini YB Ustaz Rosli berkesempatan meninjau rumah pam air di Sungai Isap. Dimaklumkan bahawa rumah pam itu terus beroperasi sejak lebih 24 jam yang lalu.

Apa yang membimbangkan malam ini di jangka berlaku air pasang dengan ketinggian 3 meter. Jika hujan berterusan mungkin akan mengakibatkan banjir besar di sekitar kawasan Sungai Isap dan Kawasan sekitarnya.

Ustaz Rosli juga sempat menziarahi berapa orang penduduk yang berpindah ke pusat perpindahan sementara (PPS) di Dewan Sungai Isap Taman Murni.

ustazrosliuntukTanjungLumpur

Tanjunglumpurberkatdansejahtera

ustazroslisempoi

https://www.facebook.com/772955689397952/posts/4472212179472266/