Home Berita PAS Kelantan

Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Kuala Krai

48
SHARE

KUALA KRAI, 28 Ogos: Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2021, gimik Kempen Kibar Jalur Gemilang telah diadakan di SK Mengkebang bersama Jabatan Penerangan Daerah Kuala Krai, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai dan pihak pentadbiran SK Mengkebang.

Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman turut sama memeriahkan program tersebut.

Turut hadir ADUN Mengkebang YB Muhammad Mat Sulaiman, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Krai, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Krai dan Guru Besar SK Mengkebang.

#MalaysiaPerihatin