Home Berita PAS Kelantan

Agihan bantuan PKPD Kampung Lela Jasa

43
SHARE

KUALA KRAI, 28 Ogos: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff hari ini telah mendapat jemputan oleh pihak JKM untuk bersama mereka menghantar bantuan kepada penduduk Kampung Lela Jasa yang dikenakan PKPD.

Bantuan tersebut diserahkan di Pos Kawalan Utama kepada pihak APM untuk mereka agihkan ke setiap rumah warga terlibat iaitu sebanyak 51 buah rumah.

Pada awal PKPD dilaksanakan, pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Krai bersama ADUN Manek Urai, YB Mohd Fauzi Abdullah telah menghantar bantuan bahan mentah dan bahan basah kepada penduduk dan PKPD di kampung ini akan tamat pada 30 Ogos 2021.

Abdul Latif turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi terlibat iaitu JKM, PDRM, APM, Rela, Penghulu-penghulu dan semua jentera terlibat.