Home Berita PAS Kelantan

Majlis Penyampaian Skim Cakna Suri peringkat DUN Kota Lama

183
SHARE

KOTA BHARU, 28 OGOS: Telah berlangsung Majlis Penyampaian Skim Cakna Suri Sempena Hari Suri Mithali peringkat DUN Kota Lama 2021 dengan kerjasama Urusetia Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanita (U РKeKWa) di Pusat Khidmat DUN Kota Lama.

Penyampaian disempurnakan oleh Tuan Hj Mohd Mortazi Bin Ismail (Setiausaha DUN Kota Lama) mewakili YB Dato’ Hj. Anuar Tan Bin Abdullah (ADUN Kota Lama) dan gimik penyampaian kepada 5 orang penerima dan selebihnya dikreditkan kepada akaun pemohon yang layak.

Turut hadir sama, Puan Romelah Harun (Timbalan Pengerusi III JPrD Kota Lama) merangkap Ketua Muslimat DUN serta Puan Suriati Muhamad (Penyelaras Pembangunan Armalah DUN Kota Lama-PPAD).

19 Muharram 1443H / 28 Ogos 2021 ( Sabtu )

#PKDKOTALAMA
#KOTALAMADIHATI
#CAKNABERKEBAJIKAN
#CAKNASURI2021
#KITAJAGAKITA
#COVID19