Home Berita PAS Kelantan

Kempen Kibar Jalur Gemilang DUN Gaal

224
SHARE

GAAL, 15 Ogos: Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat DUN Gaal telah disempurnakan oleh ADUN Gaal, YB Ustaz Mohd Rodzi Ja’afar, dengan menyerahkan Jalur Gemilang/Bendera Malaysia dan Bendera Kelantan kepada Pegawai Polis bertugas.

Beliau bersama Penghulu Mukim Bukit Yong berkunjung ke balai polis tersebut dan penyerahan bendera sebagai simbolik bermulanya Kempen Kibar Jalur Gemilang bagi DUN Gaal dan sebagai tanda sokongan semangat Patriotik Cinta Tanah Air.

“Insyaallah kita pakat pasang bendera negara dan negeri kita tanda kesyukuran atas nikmat kemerdekaan dan menyemai semangat cintakan negara. Marilah kita berdoa supaya negara kita bukan sahaja bebas dari penjajahan anasir luar tetapi bebas juga dari wabak COVID 19”.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4220882424643689&id=100001659192842