Home Rencana PAS Kelantan

Selamat Datang ke Institut Latihan Darul Naim (ILDAN)

1328
SHARE

November 2015, Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) telah dirasmikan penubuhannya oleh YAB DBK Menteri Besar Kelantan. Antara kejayaan terbesar ILPK adalah lahirnya Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK).

Setelah beroperasi dengan cemerlang dalam bidang latihan perguruan dan penganjuran seminar dan konvensyen pendidikan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Kerajaan Negeri Kelantan telah memberi kepercayaan kepada ILPK untuk meluas dan melebarkan lagi ruang operasi dan perkhidmatannya dengan menaiktaraf ILPK kepada ILDAN.

ILPK sangat terhutang budi kepada mantan pengarah pertamanya Tuan Hj. Yajid Yaakob, mantan pengarah kedua, Allahyarham Dr. Yaakob Yusoff dan pemangku pengarah Us Zulkifli Yusof. Mereka ini telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam perkembangan pendidikan khususnya di Kelantan.

Hari ini setelah setahun pemergian Allahyarham Dr. Yaacob Yusoff dan jawatan pengarah dipangku oleh Ustaz Zulkifli Yusoff, ILDAN menerima pengarah yang baru, Dr Azizi Umar. Dr. Azizi adalah kakitangan akademik yang cemerlang di UKM. Terima kasih tidak terhingga kepada UKM kerana meminjamkan tokoh pendidik ini untuk berkhidmat di Kelantan. Semoga Dr. Azizi dapat meneruskan kecemerlangan ILDAN dan menjayakan DPRK. Itulah harapan kerajaan negeri dan seluruh rakyat Kelantan.

YB.DATO’ DR. MOHAMED FADZLI BIN DATO’ HJ. HASSAN
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan,Pengajian Tinggi,Sains dan Teknologi