Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Kabinet TSMY : Khidmat cemerlang buat rakyat

347
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

KABINET TSMY: KHIDMAT CEMERLANG BUAT RAKYAT

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh anggota kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah mencurahkan khidmat bakti.

Kerajaan PN yang dipacu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berusaha sedaya upaya menyelamatkan negara daripada wabak COVID-19. Hasilnya, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) semakin menunjukkan kejayaan dengan mencatatkan jumlah vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia. Kerajaan juga telah menempah lebih 87 juta dos vaksin yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.36 bilion buat negara. Begitu juga strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijangka dapat diselesaikan hujung tahun ini.

Sepanjang pentadbiran PN, lebih RM530 bilion telah diperuntukkan dalam lapan pakej ekonomi bagi menjaga kesihatan dan meneruskan kelangsungan hidup rakyat.

PAS berharap momentum kerajaan PN dahulu perlu diteruskan dan tidak boleh diganggu gugat demi negara kita akan dapat keluar daripada krisis pandemik ini dalam masa terdekat.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
16 Ogos 2021 | 7 Muharram 1443