Home Khas

Keluarga Malaysia : Konsep berteraskan perlembagaan negara

180
SHARE

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ
๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ-๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐—ฃ๐—”๐—ฆ)

๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”: ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ฃ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

Sebagai rakyat Malaysia, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menyokong penuh konsep โ€˜Keluarga Malaysiaโ€™ yang dikemukakan oleh YAB Datoโ€™ Sri Ismail Sabri Yaakob kerana ia bertepatan dengan konsep persaudaraan dalam Islam.

Konsep โ€˜Keluarga Malaysiaโ€™ hendaklah menjunjung nilai integriti. Usaha bersatu padu umpama satu keluarga amat diperlukan untuk membentuk negara yang stabil berteraskan Perlembagaan Persekutuan sekaligus mampu keluar daripada krisis kesihatan, ekonomi dan politik yang melanda pada fasa pandemik COVID-19 ini.

PAS menegaskan bahawa kestabilan negara dan kebersamaan tindakan adalah amat penting. Maka, suasana kemelut politik yang merugikan rakyat dan negara mesti dihentikan segera.

Oleh itu, PAS menyambut baik keterbukaan kerajaan melibatkan pemimpin pembangkang bagi menganggotai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 agar bersama-sama melawan wabak sehingga berjaya.

Dalam pada itu, PAS berharap program-program kebajikan rakyat dan pakej-pakej rangsangan ekonomi diteruskan kerana rakyat masih terkesan dengan keadaan ekonomi dalam suasana mencabar akibat COVID-19.

โ€˜Islam Memperkukuh Perpaduanโ€™

YB Senator Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS
Ahli Dewan Negara
23 Ogos 2021 | 14 Muharram 1443

#KeluargaMalaysia
#IslamMemperkukuhkanPerpaduan
#MalaysiaSejahtera
#MalaysiaPrihatin