Home Berita PAS Kelantan

Inisiatif segera Kuala Krai kepada mangsa bencana kaki Gunung Jerai

65
SHARE

YAN, 23 Ogos: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latif dan pasukan Pas Kawasan Kuala Krai mengambil inisiatif segera turun ke kawasan bencana di Parlimen Jerai dan Merbok.

Sebanyak RM15,000.00 berjaya di kumpul oleh Pas Kawasan Kuala Krai dan diserahkan kepada Ustaz Musaddaq Ahmad, Pengarah Bilik Operasi Khidmat Malaysia merangkap Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kedah dan YDP Pas Kawasan Jerai.

Dalam lawatan tersebut beliau turut di santuni oleh YB Ustaz Sabri Azit, Ahli Parlimen Jerai dan di bawa melawat beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat bencana ini.

Beliau yang melihat keadaan rumah yang dipenuhi lumpur dan beberapa kawasan yang rosak teruk mengingatkan kemabli tentang banjir yang melanda Kuala Krai pada 2014.

Beliau berharap semoga Allah memberi kesabaran kepada mereka yang di landa musibah ini dan Allah mengantikan yang lebih baik kepada mereka semua.