Home Berita PAS Terengganu

Pemuda Terengganu menyeru semua pihak untuk bantu Palestin

37
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS TERENGGANU

Dewan Pemuda PAS Terengganu mengutuk sekeras kerasnya tragedi serangan negara haram Israel ke atas Gaza pada 6 Ogos yang lalu.

Serangan yang disifatkan paling ganas sejak perang Mei 2021 yang lalu telah mengorbankan hampir 15 nyawa termasuk seorang kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun.

DPPNT juga mengutuk Amerika Syarikat yang memberi sokongan kepada serangan ganas Israel ke atas Palestin dengan alasan mempertahankan diri. Ianya jauh dari sifat kemanusiaan sehingga mengorbankan nyawa orang awam dan kanak-kanak.

Kita juga menyeru kepada semua pihak berkuasa dan badan NGO untuk terus membantu Palestin dengan segala pertolongan yang ada. Semoga saudara kita di Palestin dapat bersabar dan terus istiqamah dalam mempertahankan tanah suci umat Islam

Hancur Israel!!!
Hidup Islam!!!

Ustaz Mohd Harun Esa
Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu