Home Berita PAS Kelantan

Kelantan lancar Projek Wolbachia, cegah denggi

24
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

KOTA BHARU, 15 Ogos: Dua lokaliti di Kelantan dipilih bagi pelaksanaan Program Kawalan Denggi melalui Projek Wolbachia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha untuk menangani wabak denggi di negeri ini.

Exco Kesihatan Kelantan, YB Dr. Izani Husin berkata, Pondok Terusan, Pasir Tumboh dan Kubur Maras, Langgar menjadi pilihan lokasi berikutan laporan kes demam denggi serta kepadatan nyamuk aedes aegypti di kawasan tersebut.

“Nyamuk aedes aegypti telah disuntik bakteria wolbachia yang berupaya merencatkan nyamuk tersebut daripada menyebarkan virus denggi. Bakteria ini juga terdapat secara alami pada serangga lain.

Nyamuk tersebut akan memindahkan bakteria wolbachia kepada nyamuk aedes liar semasa mengawan dan akan diwarisi kepada generasi seterusnya melalui proses bertelur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, projek kendalian Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) ini dilaksanakan susulan kejayaan kajian rintis di lapan lokaliti di Selangor yang menunjukkan penurunan kes denggi 50 hingga 80 peratus pada