Home Berita PAS Kelantan

Kelantan catat pertumbuhan KDNK, kedua terbaik berbanding nasional

51
SHARE
Oleh SUHAIZI KADIR
KOTA BHARU, 4 Jul: Kelantan menyumbang RM25.221 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan sektor perkhidmatan menjadi penyumbang terbesar bernilai RM17.4 billion atau 68.9 peratus.
Subsektor perkhidmatan kerajaan mendahului statistik tersebut dengan sumbangan 36.5 peratus diikuti subsektor perdagangan borong dan runcit 31.2 peratus.
Diikuti sektor pertanian sebanyak RM5.829 billion (23.1 peratus) dan sektor pembuatan RM 1.234 billion (4.9 peratus).
Manakala sektor pembinaan pula menyumbang RM396 juta (1.6 peratus), sektor perlombongan dan pengkuarian RM363 juta (1.4 peratus) dan sektor duti import RM 24 juta (0.1 peratus).
Menurut Ketua Perangkawan Negara, Dato’ Seri Mohd Uzir Mahidin, semua negeri mengalami penguncupan KDNK negatif pada tahun 2020.
Terdapat lapan negeri mengalami penguncupan lebih kecil daripada peringkat nasional iaitu -5.6 peratus.
Kelantan ialah negeri kedua terendah yang mengalami penguncupan KDNK iaitu -1.1 peratus selepas Wilayah Persekutuan Labuan yang mencatat peratusan 0.5 peratus.