Home Berita PAS Kelantan

Kerajaan Kelantan santuni perantau Kelantan melalui NGO Anak Kelantan di Perantauan

15
SHARE
KOTA BHARU, 3 Jul: Pengarah Urus setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood petang tadi mempengerusikan Perbincangan Khas bersama NGO-NGO Kelantan di perantauan melalui dalam talian.
Inisiatif ini diambil sebagai ruang bagi NGO-NGO perantau berkongsi pandangan dan mengutarakn cadangan dalam memperkasakan lagi urusan kebajikan anak-anak Kelantan di perantauan. Selain itu, pertemuan yang dijadualkan secara berkala itu menjadi medium untuk memperkukuhkan hubungan antara pimpinan negeri dan wakil-wakil NGO.
Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah ADUN Pasir Tumbuh, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus selaku Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), ADUN Semerak YB Wan Hassan Wan Ibrahim, ADUN Tendong YB Rozi Muhammad, Pen. Pengarah Kanan Hubungan Seranta YBrs Ust Abdul Malik Abdul Karim dan Pegawai-Pegawai Hubungan Seranta UPKN.
Sebanyak 7 NGO yang diwakili oleh Presiden dan AJK masing-masing menyertai perbincangan. Antaranya Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN), Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Anak Kelantan Lembah Klang (PETAK), Ukhuwah Anak Kelantan (UKHWATAN), Persatuan Anak Kelantan Puchong (PAKP), Pahlawan Merah Lembah Klang (TRWLK) dan Persatuan Anak Semerak.