Home Berita PAS Kelantan

Pusat Khidmat Parlimen Pasir Mas sediakan ‘Food Bank’

262
SHARE
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
PASIR MAS, 4 Jul: Dalam usaha memenuhi keperluan rakyat yang semakin terdesak kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Mohd Fadhli Shaari menyediakan bank makanan (Food Bank).
Bank makanan tersebut memberi kemudahan secara langsung kepada rakyat setempat mendapatkan bekalan makanan asas daripada Pejabat Khidmat Wakil Rakyat.
Menurut YB Ahmad Fadhli, Food Bank tersebut beroperasi 24 jam setiap hari di pejabatnya dan mereka yang terkesan PKP boleh datang mendapatkan bekalan mengikut keperluan.
“Dengan adanya Food Bank ini, mereka yang bermurah hati ingin turut menyumbang bolehlah berbuat demikian dengan meletakkan barangan keperluan di dalam Food Bank,” katanya.