Home Berita PAS Kelantan

Kelantan beralih ke Fasa 4 PPN, hari ini

372
SHARE


PUTRAJAYA, 3 Jan: Kerajaan Persekutuan bersetuju menetapkan status Kelantan dan Sarawak beralih ke fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuatkuasa hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussien setelah mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Negeri Kelantan dan Sarawak masing-masing berada di Fasa 3 telah beralih ke Fasa 4, dan dengan peralihan fasa bagi kedua-dua negeri berkenaan, bermakna semua negeri di Malaysia telah beralih ke Fasa 4 PPN”, katanya menerusi kenyataan itu.

Beliau turut mengingatkan semua pihak harus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dengan penuh disiplin dan tanggungjawab. Manakala pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, dan sentiasa mengamalkan ujian pengesanan COVID-19 secara berkala, perlu dilakukan sebaik mungkin.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak khususnya Kerajaan Negeri yang bertungkus lumus mengurus situasi pandemik di negeri masing-masing terutamanya demi memenuhi nilai ambang yang telah ditetapkan oleh PPN.