Home Berita PAS Kedah

Ziarah Mahabbah pesakit strok di Bohor Tempoyak

225
SHARE

Oleh SHAKIRAH

LANGKAWI, 3 Jan – Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Langkawi mengadakan Ziarah Mahabbah bagi melawat seorang pesakit Halim Che Mat Isa yang mengalami strok saluran pernafasan, strok di leher hingga ke kaki.

Beliau mengalaminya ketika peristiwa Hari Malaysia, 16 September, tahun 2020 akibat daripada tekanan darah terlampau tinggi semasa pulang dari tempat kerja.

Menurut Isteri Halim, Husna Husin, “Sekelip mata lembut tangan dan kaki, dan tidak boleh bangun”, ujarnya.

Ketua Asabiqat Cawangan Temonyong, Adibah Rashid menyambut mesra kedatangan Ketua Dewan Muslimat PAS Langkawi, Ustazah Fatimah Ibrahim, juga selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Langkawi yang hadir memberi sokongan dan bantuan kepada pesakit.

Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Langkawi, Mohd Shazuri Saad, yang membacakan doa ketika ziarah, Ahli Majlis Perbandaran Langkawi, Zubir Ahmad, dan AJK PAS Kawasan Langkawi serta AJK Muslimat PAS Cawangan Temonyong.