Home Berita PAS Kedah

20 orang masyarakat Siam terima sumbangan beras sejahtera.

146
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 3 Jan – Seramai 20 orang masyarakat Siam di Kampung Tanah Merah menerima sumbangan Beras Sejahtera dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang, baru-baru ini.

Sumbangan tersebut di sampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang YB Hj Munir@Mohamad Yusoff Zakaria bersama Yang DiPertua PAS Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz.

“Sumbangan beras sejahtera ini adalah atas keperihatinan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor bagi merealisasikan slogan “Kedah negeri tempat orang miskin berteduh dan tempat orang kaya berbakti”, katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi sumbangan ini diberikan tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik.

Menurut YDP PAS Padang Terap, Ustaz Azam, beliau berharap tidak ada sikap pilih kasih apabila ADUN dari wakil PAS memegang jawatan.

“Malahan pihak YB akan menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan, termasuklah sebelum ini kita turun menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Tiong Hua juga dan pihak pusat khidmat sedia mendengar suara rakyat”, ujarnya.

Turut hadir bersama ialah Ketua JPKK En Som Phong serta jawatankuasa PKWR Dun Kuala Nerang.