Home Berita PAS Sabah

Kebakaran di Kg.Bumiputera : PAS Kawasan Silam penyumbang bantuan terawal

674
SHARE

Oleh : Florinda Majid
11 Disember 2020

LAHAD DATU: PAS Kawasan silam telah hadir menjadi penyumbang terawal bantuan ekoran daripada kes kebakaran di Kampung Bumiputera Silam sekitar jam 10.30 pagi semalam.

Menurut laporan, punca kebakaran adalah disebabkan oleh litar pintas sehingga meranapkan 2 buah rumah.

Justeru, PAS Kawasan Silam terus bergegas menghulurkan sumbangan berbentuk keperluan asas kepada keluarga yang terlibat kebakaran.

Sumbangan diketuai dan disampaikan oleh Nizam Latuah, ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Silam.

Beliau sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi bekerjasama bagi membantu mangsa kebakaran ini.

Mangsa kebakaran turut berasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan Silam atas sumbangan yang disampaikan.