Home Berita PAS Kelantan

Kayuhan Muhibbah Negeri Terengganu-Kelantan 2022 pupuk budaya sihat

82
SHARE

PASIR PUTEH, 20 Feb: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail meluangkan masa hadir menyambut ketibaan rombongan Kayuhan Mahabbah daripada Negeri Terengganu yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu , YM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil di Dataran Bahtera Tok Bali, semalam.

Kayuhan tersebut membabitkan 200 peserta dari Terengganu yang berlepas dari Kota Putera Besut bermula 8.00 pagi dan tiba 8.30 pagi di Dataran Bahtera, Tok Bali. Berikutnya tambahan 150 peserta dari Kelantan memulakan kayuhan di Dataran Bahtera, Tok Bali sehingga kayuhan tamat di Kompleks Kota Darulnaim.

Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semerak, YB Wan Hassan Wan Ibrahim, Ketua Jajahan Pasir Puteh, Ahmad Adlee Yasin.

Program Kayuhan Muhibbah anjuran Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu-Kelantan dilihat sebagai platform terbaik untuk mengeratkan hubungan antara warga sukan berbasikal di kedua-dua negeri pantai timur di samping memupukkan budaya hidup sihat di kalangan penjawat awam.