Home Berita PAS Kelantan

28 belia-beliawanis diberi Kit Produk Bio Tajmeel

117
SHARE

KOTA BHARU, 19 Feb: Bagi melahirkan belia Kelantan yang mampu berdaya saing untuk menggerakkan ekonomi keluarga dan negeri. Kerajaan negeri sentiasa sedaya upaya membantu dengan menyediakan pelbagai insentif dan pemantauan bagi meningkatkan ekonomi mereka.

Khamis lalu, 28 orang perserta terpilih daripada belia dan beliawanis seluruh negeri Kelantan bagi memulakan perniagaan secara ‘dropship’ untuk pelbagai produk keluaran Bio Tajmeel iaitu sebuah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Program ini adalah usahasama dengan Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) Negeri Kelantan.

Majlis penyerahan kit ini disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat. “Dalam situasi pandemik ini, kita kena buru peluang berniaga terutama dalam kaedah muamalat online. Kaedah guna telipon ini, sudah ramai yang jadi jutawan terutama daripada anak muda” katanya semasa merasmikan majlis.

Antara matlamat program ini juga ialah bagi mengalakkan belia untuk mengambil peluang bagi menjana pendapatan sampingan dengan berniaga.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah U-BeS, Nasruddin Mahmud Muhaidin dan Pengurus Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd, Zairos Fadiela Zainal Abidin.