Home Berita PAS Kelantan

Karnival Usahawan Oonline pertama di Kelantan

251
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 28 Sept: Kerajaan Kelantan terus berusaha membantu usahawan tempatan yang terkesan dengan pasca pandemik dengan menganjurkan eKarnival Usahawan Kelantan 2021 (eKUK 2021) bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober 2021.

Karnival secara atas talian anjuran bersama Majlis Pembangunan Usahawan Kelantan dengan Dewan Usahawan Kelantan (DUKE), Kelantan ICT Gateway dan PUPUK Event. bertujuan memberi peluang kepada usahawan meluaskan jaringan, mendapatkan ilmu dan meneroka peluang mempertingkatkan jualan.

Empat elemen utama yang direncanakan sepanjang eKUK 2021 ialah Karnival Jualan Online, ePameran Usahawan dan Agensi Kerajaan, Siri Webinar dan pelbagai aktiviti menarik secara maya melalui penstriman langsung.

#UsahawanKelantanTerusCemerlang
#KelantanLubukRezeki