Home Berita PAS Kelantan

Sekolah Bahasa Thai terima sumbangan Kerajaan Negeri

81
SHARE

Oleh SUHAIZI KADIR

PENGKALAN KUBOR, 28 Sept: Kerajaan Negeri menyumbang RM25,000 kepada lima buah sekolah yang mengelolakan kelas Bahasa Thai yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar ( B ) Dato’ Md. Anizam Ab. Rahman di Wat Machimmaram, Ju Bakar, semalam.

Ketua Sami Wat Machimmaram, Phrak Samuk Somchai yang mewakili Wat Uttamaram, Wat Phikulthong, Wat Sukhontaram dan Wat Semerak berterima kasih kepada YB Dato’ Md Anizam atas keprihatinan Kerajaan Negeri membantu para pelajar yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Turut hadir, Pengerusi Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA), Lim Guang Seng dan Timbalannya, Lau Chin Chua.