Home Berita PAS Kelantan

Aktiviti pelancongan dan kebudayaan bermula Oktober

32
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

PENGKALAN KUBOR, 29 Sept: Aktiviti pelancongan, kebudayaan dan kesenian akan diberi nafas baharu sesuai dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 apabila tempat-tempat penting untuk sektor tersebut dibuka semula menjelang pertengahan Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar ( B ) Dato’ Md. Anizam Ab. Rahman menjelaskan demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan untuk Sekolah Bahasa Thai di Wat Machimmaram, Ju Bakar, semalam.

Menurutnya, cadangan tersebut masih tertakluk kepada keputusan Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negeri (MKN) untuk meluluskan sebarang aktiviti.