Home Berita PAS Kelantan

JPS cekap laksanakan tanggungjawab

66
SHARE

KOTA BHARU, 22 Dis: Slot Fokus kelolaan Unit Libat Urus (ULUM), Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) membincangkan topik ‘Pengurusan Sistem Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan’ bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPS), Ir Kamal Mustapha, semalam.
Sesi berlangsung secara virtual itu memberi pencerahan kepada penonton berkenaan peranan JPS.

Ir Kamal Mustapha memaklumkan antara peranan JPS ialah bertanggungjawab menyelesaikan masalah mendapan muara dan hakisan pantai yang berlaku di sepanjang tebing pantai Tok Bali hingga Pengkalan Kubor.

Menurutnya masalah hakisan dari pantai Kundur ke pantai Mek Mas mendapat peruntukan RM14 juta dan dalam proses penyelesaian yang dijangka siap hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Manakala masalah hakisan yang berlaku di tebing pantai Tok Bali dan pantai Sabak selesai sepenuhnya.

“Cuma tinggal benteng di kawasan Airport City masih di peringkat reka bentuk dan proses pembinaannya yang dijangka bermula pada tahun 2024. Dengan ini, kita berharap masalah hakisan pantai di negeri ini selesai”, katanya.