Home Berita PAS Pulau Pinang

JAM Pulau Pinang akan terus berbakti di Selangor

154
SHARE

Oleh NAZRI ABD HAMID

SHAH ALAM, 28 DISEMBER – Jabatan Amal Negeri Pulau Pinang (JAMNPP) mengerakkan anggota bagi membantu mangsa banjir kelmarin.

Pengarah JAM Negeri, Muhammad Nasrul Ali berkata, sebagai permulaan Amal Negeri bersama anggota seramai 50 orang telah melakukan operasi mencuci dan membersih (C&C) di Taman Seri Muda, seksyen 25 di sini.

Sebanyak 10 buah rumah berjaya dibersihkan dari lumpur dan sampah sarap yang bertebaran setelah air banjir mulai surut.

Turut membantu mereka kali ini ialah dari Pasukan FRU dan Majlis Bandaraya Shah Alam dengan menyediakan peralatan dan jentera.

“Kami menyeru pada orang ramai untuk turut menyumbang untuk mengisi dana keewangan bagi membantu kami mengerakkan operasi akan datang,”

“Misi ini mungkin akan berlarutan ke beberapa minggu lagi berdasarkan keadaan sekeliling yang begitu agak teruk untuk dipulihkan seperti sediakala,” ujar beliau.