Home Berita PAS Pulau Pinang

JAM dan KM PAS Nibong Tebal ke Selangor

46
SHARE

Oleh NAZRI ABD HAMID

SHAH ALAM, 28 DISEMBER – Khidmat Malayisa (KM) PAS Kawasan Nibong Tebal sertai misi bantuan mangsa banjir di Selangor sejak kelmarin.

Seramai 45 orang ahli Khidmat Malaysia Kawasan telah digerakkan bagi membantu mangsa banjir di Selangor dalam usaha membersih dan mencuci kediaman dan premis di sana.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Nor Zamri Latiff berkata,” misi kali ini diketuai oleh Naib YDP Zulazhar Mohamad dan diselia oleh Ketua Operasi Kamaruzaman Mohd Basir.

“Dalam misi kali ini, kami juga membawa sumbangan wang tunai dan barangan keperluan yang disumbangkan oleh penduduk disekitar kawasan Nibong Tebal”,

“Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Halim Omar Khidmat Malaysia Shah Alam, juga kepada Ikhsan Ali dan Mohamed Diah Baharun Khidmat Malaysia Kota Raja,” kata beliau.

Beliau berkata, selama dua hari mereka berkampung di sana dalam usaha membantu memulihkan kembali kehidupan masyarakat yang terjejas dengan kejadian banjir lumpur yang hampir melumpuhkan sejak seminggu yang lalu.

“Kami merancang untuk kembali berbakti kepada rakyat Selangor dalam beberapa misi lagi di masa hadapan sehingga keadaan kembali pulih,” ujar Nor Zamri.

Kata beliau, pihaknya berterima kasih diatas segala sumbangan yang telah disalurkan oleh orang ramai yang amat perihatin pada nasib rakyat Selangor dan berharap dapat terus membantu lagi di masa hadapan.