Home Kenyataan Media PAS Melaka

Jom daftar mengundi – Ketua Pemuda PAS Melaka

267
SHARE

Kenyataan Media
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka


Sudah banyak tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Pilihanraya Umum ke-15 bakal menjelang pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Namun begitu masih ramai lagi rakyat Negeri Melaka terutamanya di kalangan orang-orang Melayu yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Kerana itu saya dengan ini menyeru kepada semua orang Melaka terutamanya di kalangan orang muda, jom kita daftar mengundi!

Jangan nanti apabila parlimen sudah dibubarkan barulah kita rasa menyesal kerana tidak dapat bersama-sama menunaikan tanggungjawab menentukan hala tuju negara.

USTAZ HAJI AHMAD BILAL RAHUDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka
15 Sept 2020 M | 27 Muharram 1442 H


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)