Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Shah Alam – Selamat Ulang Tahun Pertama Muafakat Nasional

328
SHARE

14 September 2020 genaplah setahun ikatan Muafakat Nasional (MN) dijalin antara parti PAS dan UMNO. Kesepakatan Ummah ini telah membina kekuatan politik yang sangat luar biasa lantas membenamkan perbalahan bertahun-tahun antara dua gergasi parti wakil umat Melayu Islam ini.

Justeru, PAS Kawasan Shah Alam (PKSA) melahirkan rasa syukur atas kejayaan ini dan menyeru seluruh rakyat Malaysia terus bersama MN dan jangan ada yang tertinggal untuk kita merubah landskap pemerintahan Negara ini bagi menjunjung aspirasi Agama dan Negara.

PAS Kawasan Shah Alam juga menuntut persahabatan erat kedua-dua parti diteruskan di samping penyertaan parti PPBM sebagai rakan baharu MN. Harus dijauhi api permusuhan walaupun sekecil mana yang boleh memudaratkan rahmah dan merugikan perjuangan ummah.

MN lahir daripada linangan air mata keinsafan bersama. MN adalah milik rakyat, milik semua. Justeru, marilah kita sama-sama mendukung amanah rakyat ini dan meneruskan perjuangannya hingga berjaya.

Selamat Ulang Tahun Pertama Muafakat Nasional.

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Yang Dipertua
PAS Kawasan Shah Alam

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor