Home Artikel PAS Sabah

PRN Sabah : Fokus menangkan rakan komponen PN dan BN

379
SHARE

Oleh : Hazimah Lanus
15 Sept 2020

KALABAKAN : Ketua Penerangan PAS Sabah, Ahmad Dullah menyeru semua pengundi DUN Tanjung Batu memberi sokongan dan dokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) Andy Muhammad Suryady Haji Bandy.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kalabakan memaklumkan kepada hadirin, PAS memberi fokus sepenuhnya untuk memenangkan rakan kompenan BN dan Perikatan Nasional (PN).

“PAS tidak bertanding dalam PRN 16 kali ini bagi memberi ruang dan laluan pada rakan kompenen seperti saranan Presiden PAS YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, namun ianya tidak mematahkan semangat seluruh jentera PAS.” Ujar beliau lagi.

Beliau mengajak semua penduduk kampung yang hadir untuk menghargai jasa orang-orang lama yang telah tiada dan terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan mempertahankan hak penduduk.

“Penting untuk memenangkan calon BN dan PN bagi memudahkan kerajaan negeri berkolaborasi dengan kerajaan persekutuan kelak”.

Ahmad berkata demikian semasa ucapan di Program Bersama Calon Dun Tanjung Batu
di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Keramat, Kg. Pukat Tawau semalam.

Turut hadir menyampaikan ceramah, YB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno.