Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Jawatankuasa bersama sidang Parlimen bukti komitmen kerajaan

52
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

JAWATANKUASA BERSAMA SIDANG PARLIMEN BUKTI KOMITMEN KERAJAAN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendukung usaha Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah membentuk sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang untuk meneliti aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan komited melaksanakan titah KDYMM Baginda Tuanku agar parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Kerajaan mendukung prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi teras kedaulatan negara.

PAS meyakini kerajaan sedang memperhalusi semua aspek dengan teliti supaya pelaksanaan sidang parlimen berjalan dengan berkesan. Keupayaan dan kebersediaan daripada segenap aspek diusahakan sebaik mungkin agar selari dengan peruntukan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
21 Jun 2021 | 10 Zulkaedah 1442