Home Kenyataan Media PAS Kedah

Siaran media : ahli PAS ejen penerangan parti

111
SHARE

SIARAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS KEDAH

AHLI PAS SEBAGAI EJEN PENERANGAN PARTI

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Salam Sejahtera.

PAS Kedah menzahirkan penghargaaan dan ucapan tahniah atas inisiatif  Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Pusat dalam menjayakan Konvensyen Penerangan dan Media Baru PAS secara maya baru-baru ini serta menyambut baik kempen PAS Pusat #KitaEjenPenerangan.

Melalui program dan kempen tersebut, ianya telah memberi maklumat berguna dan hala tuju yang amat jelas untuk seluruh ahli dan petugas jentera penerangan agar memberikan fokus pada gerak kerja, juga sebagai penyambung lidah rasmi Kerajaan dan Parti.

Dalam dunia maya tanpa sempadan ini, rakyat di “lapangan” dihidangkan dengan bahan-bahan persepsi,  fitnah dan dakyah pembangkang yang bukan sahaja merosakkan pemikiran bahkan berupaya menterjemahkan penolakan undi terhadap PAS dalam PRU akan datang.

PAS Kedah berharap usaha, strategi  dan perancangan yang dilakukan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Pusat ini akan disambut dan diperturunkan hingga ke peringkatan cawangan bagi memantapkan pengetahuan ahli dalam menghadapi “Perang Siber” yang semakin rancak dan melelahkan.

Sehubungan itu, PAS Kedah ingin menggariskan beberapa arahan kepada semua ahli untuk dilaksanakan seperti berikut :-

1. Melakukan perkongsian(share) maklumat  Kerajaan dan Parti melalui media sosial masing-masing setiap hari.

2, Menyemarakkan sebaran sumber maklumat Kerajaan dan Parti seperti Harakah, Harakahdaily, portal berita PAS serta kenyataan rasmi pimpinan kepada jiran, kenalan, kumpulan penduduk dan komuniti sekitar.

3. Menghentikan sebarang bentuk perbalahan sesama ahli atau komuniti atas isu atau persepsi yang ditimbulkan di media kerana segalanya akan dijawab oleh pimpinan melalui sumber rasmi Parti dan Kerajaan.

4. Menghentikan untuk melayani sebarang bentuk provokasi yang merupakan strategi musuh bagi mengalih isu dan menghilangkan fokus yang sepatutnya

Kenanglah sebuah kata hikmah berikut, ,

الحق بلا نظام يغلبه الباطل بنظام

“Kebenaran yang tidak tersusun boleh dikalahkan oleh batil yang tersusun.”

#KitaEjenPenerangan

“اسلام ممڤركوكوه ڤرڤادوان”

YB USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT

Ketua Penerangan PAS Kedah

10  Zulkaedah 1442H | 21 Jun 2021