Home Berita PAS Terengganu

Memang kita tidak mahu ditipu lagi

54
SHARE

MEMANG KITA TIDAK MAHU DITIPU LAGI.

Ramai yang tersentap dengan penulisan terbaru Presiden PAS yang bertajuk JANGAN MUDAH LUPA SEHINGGA DITIPU BERULANG KALI. Saya hairan kenapa ramai sentap, sedang ini adalah nasihat yang baik.

Tiada siapa yang mahu ditipu berulang kali. Adalah pelik jika ada yang marah apabila ada pihak yang menasihati agar kita tidak mudah ditipu lagi. Saya kira hanya penipu sahaja yang marah, kerana mereka tidak boleh menipu lagi.

Suatu rahsia yang telah terbuka bahawa PH telah scam atau menipu rakyat Malaysia dengan janji manifestonya terutamanya janji 100 hari. Tiada seorang pun yang boleh menafikan perkara ini hatta dia adalah Presiden Parti dari PH.

Jadi, apakah salah jika TGHH menasihati agar jangan rakyat Malaysia ditipu lagi terutamanya oleh PH? Sepatutnya pimpinan PH perlu mengambil nasihat ini secara positif dengan mengakui kesilapan dan berjanji untuk ditidak menipu lagi, bukannya terloncat-loncat bila dinasihati.

Rakyat Malaysia pastinya bijak untuk tidak ditipu lagi. Malah pastinya rakyat Malaysia bukan sahaja tidak mahu ditipu lagi, bahkan rakyat Malaysia sudah tidak mahu lagi melihat orang politik bermain politik melampau berebut-rebut jawatan Perdana Menteri.

Kita tidak lupa bagaimana Anwar Ibrahim berkali-kali memuatkan di facebooknya tentang proses peralihan kuasa yang akan berlaku. Berapa pertemuan demi pertemuan dengan Tun M disiarkan untuk menampakkan sayalah Perdana Menteri Masa Hadapan.

Malah lubang PH ini penuh dengan hal-hal kegagalan PH menjaga sensitiviti agama dan kaum. Perihal ICERD, tiada siapa yang melupakannya. Termasuklah pendekatan apologetik terhadap LGBT sangat memualkan kita.

Terjun kali kedua dalam lubang ini amatlah tidak bijak dan tidak wajar sama sekali. Terima kasih TGHH diatas nasihat yang diberikan, memang kita tidak mahu ditipu lagi.

Jangan Mudah Lupa

Mohd Nasir Abd Razak
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu