Home Khas

Isu Tabung Haji

68
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Isu Tabung Haji

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius keputusan Jemaah Menteri Malaysia untuk meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM). TH adalah merupakan institusi umat Islam yang sangat penting.

PAS berpandangan sebarang keputusan yang melibatkan institusi penting ini perlu diperhalusi secara teliti oleh pakar-pakar dan pihak-pihak yang berkepentingan terhadap TH.

Penelitian ini penting supaya sebarang tindakan yang diambil tidak menjejaskan fungsi TH yang bukan hanya sekadar mengendalikan urusan haji tetapi menjadi institusi pemerkasa ekonomi umat Islam Malaysia.

YB Senator Ustaz Idris Ahmad
Ahli Dewan Negara
Naib Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
19 Julai 2021 | 9 Zulhijjah 1442