Home Berita PAS Kelantan

Exco Pendidikan sumbang komputer

9
SHARE


Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
MACHANG, 19 Jul: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Dato’ Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan menyampaikan sumbangan dua unit komputer meja kepada wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret di Dewan Dato’ Haji Hassan Pondok Hidayah, semalam.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban kepada semua muslimin-muslimat di Kelantan dan anak-anak perantau.

“Hayati sirah pengorbanan perasaan Sayyidatina Hajar, Nabi Ibrahim a.s dan anak mereka, Nabi Ismail a.s ketika berdepan ujian perpisahan yang mirip kepada keadaan kita sekarang akibat ujian wabak COVID-19.

Iktibarnya membuatkan kita lebih sabar dan bersyukur kerana kita masih boleh berkomunikasi melalui kecanggihan alat teknologi walaupun tidak dapat beraya di kampung halaman”, ujarnya ketika dihubungi.

Tambahnya, kisah pergorbanan para solihin afdal selalu disebut-sebut ahli keluarga lebih memahami erti suruhan dan larangan tanpa dakwa-dakwi kerana menurut perintah Allah SWT.