Home Berita PAS Kedah

“Foodbank Bergerak” Khidmat Malaysia Kedah papar kelainan

30
SHARE

KUALA KEDAH – “Foodbank Bergerak” inisiatif dari Khidmat Malaysia Negeri Kedah dengan membawa barangan keperluan harian selain barangan dapur untuk menyantuni masyarakat di Kampung Teluk Bulang, di sini, hari ini mendapat komen positif daripada pimpinan setempat.

Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Dr Ustaz Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata kebiasaannya “Foodbank” atau bank makanan adalah bersifat statik di suatu lokasi yang tetap seperti masjid, markas atau balai raya.

“Kelainan yang dipaparkan Khidmat Malaysia Kedah ini dengan bergerak ke lokasi penduduk yang memerlukan seolah-olah sebuah kedai runcit yang bergerak,” katanya.

“Selain barangan dapur seperti kebiasaan pek sumbangan, mereka turut barangan kebersihan diri seperti sabun, syampu, berus dan ubat gigi serta susu dan lampin bayi,”

Tambahnya lagi, “Ramai penerima menzahirkan kegembiraan kerana memudahkan pergerakan mereka untuk mendapatkan keperluan harian lebih-lebih lagi sekariang ni musim wabak Covid-19”

Program cetusan Badan Perhubungan PAS negeri Kedah sedang merangka  siri jelajah Khidmat Malaysia ke seluruh negeri bagi memberi khidmat kepada rakyat.